Monday 16 May 2011

Jalanan Yang dilalui...

ramai yang tidak tahu dan mengerti... 
kehadiran aku meredah dunia ini bukan lah semudah yg disangka.. kadang2 aku terfikir... adakah keajaiban yg akan berlaku dalam hidup ku.... hari2, aku akan berfikir dan memikirkan setiap yg berlaku ke atas diriku... terlalu byk dugaan dan terlalu byk halangan... setiap apa yg aku mahukan pasti menemui kebuntuan.... setiap apa yg aku perlukan akan hilang.... dan setiap yg apa aku keluhkan, akan menjadi kenyataan...
aku berasakan dunia ini tidak adil dan sentiasa menindas aku sebagai antara insan yg ada di muka bumi ini.... 
tapi aku sentiasa berdoa kapada allah supaya membantu hambanya ini dan sabar menghadapi segala dugaan yg dia mahukan dan aku akan berusaha memberikan yg terbaik dengan kehendaknya.

sesuatu yg tidak  aku ragui dengan kebesaran allah adalah... 
disamping tekanan hidup... suatu ketika allah telah menemukan aku dengan isteri ku... bagai kan tidak percaya....  ini kerana suatu ketika dahulu, kami pernah berjumpa... dan pada ketika itu, tiada perasaan cinta yg hadir, dan tidak terdetik yg kami akan mencintai antara satu sama lain. tidak terdetik juga dia akan mencintai diri ku.... ini kerana perwatakan kami berbeza dan minat kami juga berbeza... pertemuan kami kali kedua berlaku selepas 3 tahun.......
gambar ketika 2008

masa yg berlalu menjadikan kami semakin ingin mengenali... pertama kali keluar bersama, tempat pertama aku pergi bersama adalah melawat ibu bapanya.... mcm x percaya plk aku pergi umah dia.... heheheh
sewaktu pergi kerumahnya kami ditemani oleh seorg kwn.... kawan kitaorg nie x boleh tutup molot....... x sempat aku nak bartanyakan sendiri pada mak ayahnya, bagi meminta restu utk berkawan dengan anaknya.. dia awal2 dah bg tau yg aku nie BF anak diaorg.... aduh.... aku dalam hati nie nak jer sumbat molot dia ngan kasut aku yg dah lusuh tue... kekekekeke.

masa berlalu... selang 3 bln kami bercinta, perasaan cinta kami semakin kuat...dalam mengenali antara satu sama lain, banyak juga yg telah kami pelajari tentang isi hati masing2... terlalu banyak perbezaan antara kami berdua, boleh dikatakan perangai dan keinginan kami terlalau berbeza... sehinggakan kadang2 aku memikirkan sejauh manakah percintaan kami akan terjalin...
2009

ketika melayari percintaan... tanpa kami sedari.... ada mata dan hati yg sakit melihat kisah percintaan kami...
dan tidak terduga, mata dan hati itu merupakan kwn kami sendiri yg selama ini menjadi teman kepada kisah percintaan kami.... tidak terduga dan terfikir kawan yg dianggap teman sejati rupa2nya ada hasrat yg terpendam... akhirnya kami terpaksa memutuskan hubungan utk seketika bagi meredakan keadaan. jika kami tidak memutuskan hubungan, selagi itulah kami akan di fitnah dan dijadikan bahan cemuhan utk kepentingan diri dia sendiri... aku pun x tau lah apa ayat yg dah dia gunakan sehinggakan semua org tunduk ngan kata2 dia. 

selang beberapa bulan selepas kejadian,  keadaan reda.... aku kembali berjumpa dengan keluarga wife aku... dari situ aku mula menjelaskan keadaan yg sebenar kepada keluarga wife aku.... mungkin allah merestui hubungan kami, semuanya kembali seperti sedia kala...

selepas setahun, aku menyatakan hasrat aku kpd ibu bapa wife aku utk menghantar rombongan dan seterusnya memperisterikan anaknya.... selepas 3 bulan, kami selamat diijab qabulkan. dan pada tanggal 6/6/2010...... aku telah menamatkan zaman bujang aku..... rasa mcm x percaya plk...... kekekekkeke
6/6/2010

ok... sampai disini... sedutan seterusnya... nntikan..... bye....


1 comment:

  1. tue dia,dia pun nak jugakkkkkk....ha elok la laki bini luah dalam blog nnt....hehehe...selamat berblogger...

    ReplyDelete