Thursday 16 June 2011

KELAHIRAN BABY....

salam....
alhamdulillah.... syukur kpd allah yg maha pemurah lagi maha penyayang....
pada tanggal 10.06.2011... penantian yg ditunggu tunggu telah pun ke kemuncaknya...
kelahiran baby boy... anak sulung aku....
SHAMIL BIN SHAMSUL

kegembiraan yg tidak terhingga dapat kurasakan...
kebesaran ilahi... baby sihat. & comel sgt2...
hanya allah sahaja tahu bertapa aku menyanyangi baby...

Saturday 21 May 2011

CINTA KAMU & AKU....

cinta....
apa itu cinta....
bila cinta..... hati aku tersentuh.....
aku memberi cinta.... hanya utk dia.......
dan dia hanya utk aku.... 
aku mencintai dia... dan dia mencintai aku.... 
bila ada rasa cinta.... aku hanya mengingati dia.....
pengorbanan dia.... keikhlasan dia.... dan.... ketulusan naluria nya...
setiap kali aku memandangnya.... hanya terbit rasa cinta..... 
tangisan dia.... hanya utk cinta hati nya... 
kadang2... airmatanya berlinangan..... 
aku tanya knp?
dia kata.... dia terlalu mencintai aku....
aku.... tersenyum layu....
krn aku juga terlalu mencintai dia....
hari2 bersama.... hanya dia dan aku.......
dan tidak akan kurang dari 100 kali.......
aku dan dia menyebut kata syg antara satu sama lain....
bila dia berduka.... hati aku akan resah.... 
aku tidak boleh melihatnya terluka...... 
aku akan turut terluka........ 
aku akan terus mendakapnya.... aku sapu air matanya.... 
aku cium pipinya... aku belai rambutnya.... 
dan aku akan katakan... aku cinta padanya....
jika syg bersedih.. abg juga akan merasainya......... 
akan terbit senyuman dibibirnya.....
aku bisikkan di telinganya.... 
abg.... syg..... syg.....

Thursday 19 May 2011

CaHaYa MaTa....


diam x diam.... sudah hampir setahun aku berkahwin..... skrg nie.. aku sedang menunggu kelahiran
anak pertamaku.... sekarang sudah berusia 8/9 bulan.... uhuhuhhuuh perasaan teruja yg amat sgt... kerana ini adalah zuriat ku yg pertama ...hari2 aku berckp ngan baby di dlm rahim... perasaan cinta aku terhadap wife aku semakin memuncak... tidak terbayang rasanya perasaan yg ada dalam hati aku nie...

aku dapat merasakan suatu keadilan yg allah berikan... bermcm dugaan yg aku lalui.... perniagaan merosot sehinggakan aku terpaksa mencari pekerjaan lain utk menambah perbelanjaan keluarga.... wang simpanan habis utk keperluan... ekonomi yg goyah... dan bermcm perkara lagi aku rasakan... tapi dalam masa yg sama aku sentiasa menjadikan allah sebagai tempat aku mengadu dan bergantung... kerana aku dapat merasakan itu semua adalah ujian dan kehendak nya... takdir yg telah ditentukan utk meguji kesabaran dan keimanan aku sebagai hambanya....

dalam kesusahan yg melanda... tampa aku sedari allah mengurniakan aku sesuatu yg tidak ternilai harganya.... iaitu zuriat.... dalam perjalanan yg aku lalui, aku mengerti apa yg allah cuba sampaikan... aku terfikir allah cuba menguji hambanya... adakah hambanya itu menerima takdir dan ketentuan yg ditentukan olehnya.... 

aku bersyukur kerana allah meletakkan aku dalam situasi sedemikian... ini kerana jika aku terus dalam kesenangan mungkin aku akan bersikap acuh x acuh dalam kehidupan... sebelum ini aku terlalu memikirkan utk mencari kesenangan kerana aku menganggap dengan kesenagan dan kedudukan aku akan memperolehi kebahagiaan... dan aku akan berasakan kesempurnaan... 

bila aku sedari... keadaan yg sukar itu lebih mengerat kan hubungan aku dan isteri aku... dan kehadiran zuriat adalah rezeki allah yg tidak ternilai harganya.... dari situ baru aku terfikir..... dengan duit yg banyak.... adakah aku akan menemui kbhgiaan... dengan pangkat..  adakah aku akan tersenyum.... pada aku,mungkin allah mahukan yg terbaik utk aku... supaya aku tidak angkuh dgn kata2... tidak bermegah dgn harta... aku bersyukur kerana allah meletak kan aku dalam situasi ini... 

alhamdulillah...

Monday 16 May 2011

Jalanan Yang dilalui...

ramai yang tidak tahu dan mengerti... 
kehadiran aku meredah dunia ini bukan lah semudah yg disangka.. kadang2 aku terfikir... adakah keajaiban yg akan berlaku dalam hidup ku.... hari2, aku akan berfikir dan memikirkan setiap yg berlaku ke atas diriku... terlalu byk dugaan dan terlalu byk halangan... setiap apa yg aku mahukan pasti menemui kebuntuan.... setiap apa yg aku perlukan akan hilang.... dan setiap yg apa aku keluhkan, akan menjadi kenyataan...
aku berasakan dunia ini tidak adil dan sentiasa menindas aku sebagai antara insan yg ada di muka bumi ini.... 
tapi aku sentiasa berdoa kapada allah supaya membantu hambanya ini dan sabar menghadapi segala dugaan yg dia mahukan dan aku akan berusaha memberikan yg terbaik dengan kehendaknya.

sesuatu yg tidak  aku ragui dengan kebesaran allah adalah... 
disamping tekanan hidup... suatu ketika allah telah menemukan aku dengan isteri ku... bagai kan tidak percaya....  ini kerana suatu ketika dahulu, kami pernah berjumpa... dan pada ketika itu, tiada perasaan cinta yg hadir, dan tidak terdetik yg kami akan mencintai antara satu sama lain. tidak terdetik juga dia akan mencintai diri ku.... ini kerana perwatakan kami berbeza dan minat kami juga berbeza... pertemuan kami kali kedua berlaku selepas 3 tahun.......
gambar ketika 2008

masa yg berlalu menjadikan kami semakin ingin mengenali... pertama kali keluar bersama, tempat pertama aku pergi bersama adalah melawat ibu bapanya.... mcm x percaya plk aku pergi umah dia.... heheheh
sewaktu pergi kerumahnya kami ditemani oleh seorg kwn.... kawan kitaorg nie x boleh tutup molot....... x sempat aku nak bartanyakan sendiri pada mak ayahnya, bagi meminta restu utk berkawan dengan anaknya.. dia awal2 dah bg tau yg aku nie BF anak diaorg.... aduh.... aku dalam hati nie nak jer sumbat molot dia ngan kasut aku yg dah lusuh tue... kekekekeke.

masa berlalu... selang 3 bln kami bercinta, perasaan cinta kami semakin kuat...dalam mengenali antara satu sama lain, banyak juga yg telah kami pelajari tentang isi hati masing2... terlalu banyak perbezaan antara kami berdua, boleh dikatakan perangai dan keinginan kami terlalau berbeza... sehinggakan kadang2 aku memikirkan sejauh manakah percintaan kami akan terjalin...
2009

ketika melayari percintaan... tanpa kami sedari.... ada mata dan hati yg sakit melihat kisah percintaan kami...
dan tidak terduga, mata dan hati itu merupakan kwn kami sendiri yg selama ini menjadi teman kepada kisah percintaan kami.... tidak terduga dan terfikir kawan yg dianggap teman sejati rupa2nya ada hasrat yg terpendam... akhirnya kami terpaksa memutuskan hubungan utk seketika bagi meredakan keadaan. jika kami tidak memutuskan hubungan, selagi itulah kami akan di fitnah dan dijadikan bahan cemuhan utk kepentingan diri dia sendiri... aku pun x tau lah apa ayat yg dah dia gunakan sehinggakan semua org tunduk ngan kata2 dia. 

selang beberapa bulan selepas kejadian,  keadaan reda.... aku kembali berjumpa dengan keluarga wife aku... dari situ aku mula menjelaskan keadaan yg sebenar kepada keluarga wife aku.... mungkin allah merestui hubungan kami, semuanya kembali seperti sedia kala...

selepas setahun, aku menyatakan hasrat aku kpd ibu bapa wife aku utk menghantar rombongan dan seterusnya memperisterikan anaknya.... selepas 3 bulan, kami selamat diijab qabulkan. dan pada tanggal 6/6/2010...... aku telah menamatkan zaman bujang aku..... rasa mcm x percaya plk...... kekekekkeke
6/6/2010

ok... sampai disini... sedutan seterusnya... nntikan..... bye....


Wednesday 2 March 2011

MeNciNtai & DiCiNtAi..

     Wujudnya blog ini adalah kerana luahan perasaan cinta saya kepada seorang wanita yang saya paling saya cintai. Saya telah memperisterikan seorang wanita yang saya anggap terlalu istimewa dan saya bersyukur kerana Allah telah menjodohkan saya dengan dirinya. ini kerana bagi saya dialah orang yang paling memahami, penyayang, bertanggungjawab, menghormati suami dan paling saya suka, dia pandai memasak dan suka memasak. pekara yang paling saya x sabar adalah menunggu masakan siap dihidang dan sedia untuk dimakan. hahahahaha... i love you syg.....