Sunday 5 February 2012

KEABADIAN......

Adat bagi yang hidup.... apabila sampai masanya, pasti akan pergi jua.... ini lah lumrah.....setiap yg hidup, pasti akan mati..... pada tarikh 18/12/2011 aku telah menerima panggilan dari bonda tercinta, mengatakan ayah ku tenat.... aku bergegas untuk ke hospital klang dimana ayahku dirawat.... ayah ku telah menghadapi penyakit misteri selama 8 bulan... dan salama 8 bulan itu juga aku, hanya mampu berdoa kepada allah, agar disembuhkan penyakit ayah ku.... selang beberapa minit bertalu talu aku menerima panggilan telifon dari saudara mara bertanyakan khabar..... dan bertanyakan keadaan ayah ku....


terdiam tampa berkata sepatah pun..... aku memandu keretaku dengan laju.... isteriku yg berada di sebelah, turut diam membisu.... aku tahu dia bersedih, kerana dia memang sayangkan ayah ku.... kerana kebaikan dan perwatakan ayah ku, sentiasa meyambut kepulangan kami dengan gembira ketika di kampung. sentiasa ada hidangan makanan yang sedap-sedap disediakan.... ayah ku terlalu baik dengan nya, membuatkan dia tidak bersedia untuk menghadapi kenyataan yang bakal diterima. sering kali aku mendengar dari mulutnya... dia rasa beruntung dapat ayah dan ibu mertua yang baik.

dalam lamunan, aku terpandang meter keretaku berada pada 140km/j. aku memerlahankan kenderaan ku.... dalam masa yang sama telifon ku berberbunyi.... aku semakin memerlahankan kenderaan. tidak pula aku berhenti kerana mahu cepat... aku menjawab panggilan tersebut. terdengar suara tangisan ibu ku.. menyatakan bahawa ayah ku telah pergi untuk selamanya.... hatiku sebak.... aku menahan air mataku.. 

apabila sampai di hospital... aku terus menuju ke tingkat 5 wat ICU dimana ayah ku ditempatkan... sesampainya aku disana, aku melihat sekujur tubuh yang kaku bersendirian.. aku merenung wajah ayah ku.... tiada apa yang dapat aku lakukan.... aku terus menadahkan tangan dan memohon kepada allah, " yaallah yatuhan ku.... kepadamulah aku bermohon, ampunkanlah segala dosa-dosa bapaku... dan tempatkanlah rohnya, dikalangan, orang-orang yang beriman. jauhkanlah siksaan keatasnya... permudahkanlah perjalanannya menghadapmu...." tampa aku sedari, air mataku berlinangan, bergitu juga isteri....

seketika kemudian. aku mengambil wuduk dan surah yasin.... aku membacakan yasin bersama, ibu dan kakak ku.... seketika kemudian juga, bahagian pengurusan jenazah datang untuk menguruskan jenazah ayahku... aku terus membaca yasin sambil mengiringi jenazah ke tempat mandian.... setelah sampai.... kain yang menutupi jenazah ayah ku, di buka..... subhanallah..... wajah ayah ku yang asalnya pucat dan dan kekeringan berseri seri dan tersenyum.... aku terdiam dan tergamam. hilang segala kesedihan ku. ku menatap wajahnya, sehinggakan aku sendiri tersenyum... keadaan jenazah seperti dia masih bernyawa dan tersenyum kepadaku... dalam  fikiranku... mungkin ini kebenaran dan kekuasaan allah melalui bacaan yassin tadi. aku bersyukur aku dapat memandikan jenazah, kerana aku sendiri telah berniat, sekiranya ayah ku pergi... biarlah aku dapat memandikannya... dalam masa memandikan itulah, aku dapat menatap dan memeluk jenazah untuk kali yang terakhir... ketika memandikan dan mengangkat jenazah untuk meratakan air, ketika itu juga wajah ayah ku bertemu dengan muka ku... wajahnya yang tersenyum, membuatkan aku tersenyum sendiri.... ketika itu aku, kak odah, oteh, yang berada di situ.... selang beberapa ketika ketika sedang kami memandikan jenazah....., ibu, amir, angah dan saudara yg lain turut hadir. ibu amir dan angah menyertai kami menguruskan jenazah... dari situ sehinggalah mengafankan jenazah.... setelah siap kami dibenarkan untuk menatap dan memberi kucupan terakhir....

setelah jenazah menaiki van jenazah, aku terus bergegas pulang ke putrajaya untuk mengambil keperluan untuk pulang ke kampung bagi pengkebumian. dalam perjalanan pulang, shamil anak ku menangis.... dia dah lapar, dalam masa yang sama juga pempers dia dah penuh.... terlupa pulak aku pempers dan susu dia dah habis.... aku pun bergegas menuju ke mydin putrajaya.... sesampainya aku di sana, banyaknya manusia yang sedang membeli barangan keperluan. bersesak juga aku ketika mahu mengambil barang. ketika mahu membayar, aku terpaksa berbaris panjang...

selang beberapa jam...aku telah sampai di muadzam shah... ketika sampai di muadzam shah, hujan turun dengan lebatnya, aku terpaksan memerlahankan kenderaan,  pandangan juga terhad... dalam hati ku,  jika hujan berterusan begini, mungkin aku tidak sempat untuk solat, dan pengkebumian jenazah.... tapi dalam fikiranku juga, allah lebih mengetahui dan penentu segalanya....

apa yang aku jangka kan telah pun berlaku, sesampainya aku di tanah perkuburan, aku lihat banyak kereta dan bajiraan manusia dia sana. walau pun dalam hujan, alhamdulillaah, ramai yang megikuti upecara pengkebumian dan bacaan talkin... aku memberhentikan kereta... ketika kaki ku menjejak ke tanah semua jemaah bangun... menendakan pengkebumian itu sudah berakhir... dalam langkah ku, aku membaca surah alfatihah menuju ke pusara ayah ku... bertalu taalu ucapan takziah dari jemaah.... seterusnya aku menghadap pusara ayah ku, dan bacaan alfatihah serta aku bermohon kepada allah, jauhkanlah siksa kubur dan siksaan api neraka. tempatkanlah arwah di kalangan orang-orang yg beriman.

sepertimana yang kita semua tahu, apa yang berada di langit dan bumi ini tiada satu pun hak milik kita... termasuklah nyawa kita sendiri. sesungguhnya, apa yang berada di muka bumi ini adalah bersifat sementara. apa yang kekal hanyalah pencipta sekalian alam... allah yang satu dan tiada tuhan selain allah.... sesungguhnya nabi muhammad itu pesuruh allah...apa yang kita perlu tahu dan amalkan, lakukanlah segala perintah allah, dan jangan lah sesekali membangkitkan kemarahan allah iaitu dengan melakukan kemungkaran..

sesungguhnya, allah itu ada.... aku terima segala ketentuan allah ini dengan hati yang terbuka serta keinsafan... dan aku bermohon kepada allah... ampunkan lah segala dosa-dosanya, jauhkan lah dia dari siksaan mu sehinggalah hari aku di bangkitkan semula dan pertemukanlah aku bersama arwah apabila tiba masanya... insyaallah...